facebook

Selasa, 10 Jun 2014

BUMBUNG BOCOR DI BANDAR SERI PUTRA, KAJANG, SELANGOR

Dibawah ini adalah gambar-gambar yang diambil sewaktu saya membaiki bumbung rumah seorang pelanggan yang tinggal di Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor. Pelanggan ini memberitahu, setiap kali hujan air akan masuk melalui siling rumahnya dengan banyak sekali. Oleh itu, beliau meminta saya mencari punya kenapa air boleh masuk ke dalam siling rumahnya. Dibawah ini saya terangkan puncanya.

Beginilah keadaan bumbung rumah pelanggan ini.

Terdapat beberapa bahagian atap genting  yang pecah dan rabongnya pula telah retak. Manakala susunan atap gentingnya juga tidak disusun dengan teratur. Kontraktor yang dipanggil sebelum ini hanya menutup atap genting itu dengan sekeping plastik yang tidak diketahui jenisnya. Penggunaan penutup plastik ini hanya bersifat sementara kerana plastik akan mudah mereput apabila terdedah kepada cuaca panas dan hujan.

Keadaan siling yang telah mula mengembang akibat dari air hujan 
yang masuk ke dalamnya.

Saya telah membuka dan membuang plastik yang menutupi atap genting itu.
Kemudian atap genting yang tidak betul susunannya, telah disusun semula dengan
betul barulah atap genting dan rabong yang retak dan pecah itu disapu dengan sealant.



No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com



Tiada ulasan:

Catat Ulasan