facebook

Isnin, 10 Mac 2014

MEMBAIKI PLASTER SILING DAN CORNISH DI KAJANG, SELANGOR

Seorang pelanggan ini telah meminta saya membaiki semula plaster siling/cornish yang telah rosak/berkulat akibat dari bumbung rumah beliau yang bocor. Air telah memasukki bahagian dalam siling rumah tersebut dan telah menyebabkan  siling dan cornish sentiasa basah. Keadaan yang basah dan lembab ini telah  menyebabkan pertumbuhan kulat. Tompokan hitam di siling rumah adalah kulat.

Tompokan hitam (kulat) jelas kelihatan di siling dan cornish.

Proses membuka siling yang telah rosak. Siling cardboard mudah menyerap air.
Ia akan mengembang. Ini akan menyebabkan keadaan siling seperti membengkak.

Ini adalah proses memasang semula siling yang baru. Bahagian cornish yang telah
berkulat juga dibuka akan diganti baru.

Saya membuat satu ruangan yang boleh dibuka dibahagian siling 
bagi melihat keadaan disiling  pada masa akan datang. Bahagian yang
terbuka disiling yang baru dipasang itu disapu dengan filler.

Ini adalah pemasangan cornish. Bahagian yang telah dibuka tadi dipasang semula
dengan cornish yang baharu. Kemudian ia akan dilepa supaya cornish yang baru ini
kelihatan lebih kemas.

Siling dan cornish telah disapu dengan cat dan dibiarkan kering sepenuhnya sebelum
dinding di cat semula.

Setelah siap dibaiki semula.

Rabong yang menjadi punca air memasukki kedalam siling disapu dengan
sealant.


No. Tel : 012-6379460
Emel : normserin@gmail.com




Tiada ulasan:

Catat Ulasan