facebook

Jumaat, 29 Mac 2013

TUKAR PAIP

 Saya telah dihubungi oleh En. Ridwan yang tinggal di Taman Bukit Permata, Cheras, Kuala Lumpur tempohari bagi membaiki/menggantikan paip. 

GAMBAR 1

Gambar 1 - gambar ini menunjukkan paip air yang telah rosak dan hendak ditukar kepada yang baharu. Dapat dilihat PT socket yang dipasang amat jauh ke dalam jubin dan telah menyebabkan kesukaran hendak membuka/menggantikan paip yang rosak itu. Kedudukkannya yang amat rapat dengan dinding telah menyebabkan saya terpaksa menambah satu lagi fitting  (PT socket).


GAMBAR 2


Gambar 2 - Setelah di tambah fittingnya, barulah boleh di tukar paip tersebut dan setelah diuji air mengalir dengan lancar.

GAMBAR 3

Gambar 3 - ini adalah tombol 'stock cock' shower mandi yang telah rosak dan telah diganti baru.

GAMBAR 4

Gambar 4 - paip air di sinki yang telah tersumbat. Air yang mengalir tidak lancar dan tersekat-sekat.


GAMBAR 5

Gambar 5 - saya telah membuka dibahagian hujung paip itu dan membersihkan penapisnya. Kadangkala terdapat pasir ataupun bendasing yang telah terkumpul disitu dan menyebabkan air yang mengalir tidak lancar dan tersekat-sekat.


No. tel : 012-6379460




Sabtu, 23 Mac 2013

BUMBUNG BOCOR

Hari ini saya tunjukkan gambar atap yang tidak dipasang dengan betul dan telah menyebabkan air bertakung.  Ia telah menyebabkan air yang bertakung tadi mengalir masuk melalui siling rumah dan akan membasahi dinding. Ini adalah salah satu punca mengapa air sering masuk melalui dinding @ bumbung bocor. Sebelum ini saya pernah menyiarkan entri membaiki bumbung bocor di rumah Cik Sabariah yang tinggal di Nusa Putra, Putrajaya di sini. Untuk makluman, gambar ini juga di ambil sewaktu saya membaiki bumbung bocor di rumah En Syameem yang tinggal di Nusa Putra, Putrajaya.


Gambar ini menunjukkan atap genting yang tidak disusun dengan betul.


Gambar ini menunjukkan atap genting tadi telah disusun semula mengikut aturannya.



No. Tel : 012-6379460



Khamis, 21 Mac 2013

KERJA-KERJA MEMBAIKI LANTAI TANDAS BOCOR DI RUMAH CIKGU HALIZA

Saya dihubungi Cikgu Haliza yang tinggal di Pinggiran Batu Caves bagi melihat keadaan lantai tandas yang bocor. Ia telah menyebabkan air dari tandas di apartmen beliau menitis ke rumah jirannya dibawah. Permasalahan ini adalah sama sepertimana yang dialami oleh En. Murshidi. Sila lihat entrinya di sini dan rumah Puan Huda di sini

Sebelum ini juga saya telah memberitahu bahawa ramai yang telah menggunakan kaedah menyapu silikon ke bahagian lantai yang bocor. Begitu juga yang telah dilakukan oleh Cikgu Haliza. Beliau telah menyapu keseluruhan tandas dengan silikon namun ia tidak dapat bertahan lama. Apabila sering menggunakan tandas tersebut silikon akan mengembang dan mengalami kebocoran semula. Keadaan lantainya juga menjadi buruk.


GAMBAR 1

Beginilah keadaan lantai tandas yang telah disapu silikon pada keseluruhan lantai. Lantai tandas kelihatan keputihan dimerata tempat dan telah memburukkan jubin lantai.


GAMBAR 2

Gambar 2 - gambar ini menunjukkan lantai yang telah disapu dengan 2 lapisan water proofing. Tujuan saya menyapu dengan 2 lapisan water proofing adalah bagi memastikan lantai tandas benar-benar tahan. Kemudian saya akan pastikan lantai tadi kering sepenuhnya. 


GAMBAR 3

Gambar 3 - Setelah saya pastikan lantai tandas yang telah disapu water proofing tadi betul-betul kering barulah proses memasang jubin lantai dilakukan. Pemasangan jubin lantai juga dibuat dengan teliti dan saya akan pastikan pekerja yang mempunyai kepakaran sahaja yang memasang jubin tersebut.


GAMBAR 4

Gambar 4 - ini adalah gambar-gambar yang diambil setelah kesemua proses membaiki semula lantai tandas dilakukan. 


NOTA:
Proses membaikpulih lantai tandas ini mengambil masa 4 hingga 7 hari, ia bergantung kepada keluasan lantai dan cuaca. Bagi saya proses pengeringan lantai amat dititik beratkan kerana ketahanan jangka panjang bergantung kepada water proofing yang benar-benar  kering.



No. tel : 012-6379460





Isnin, 18 Mac 2013

TUKAR BOLA TANGKI (BALL VALVE)

Hari ini saya  tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu menukar ball valve (bola tangki) dirumah Dr Maznah yang tinggal di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur. Ramai yang tidak mengetahui bahawa ball valve boleh rosak walaupun ia diperbuat dari tembaga. 


Kerosakkan itu mungkin berpunca dari air yang berkeladak dan telah menyebabkan ia tersumbat dan lama kelamaan  air tidak dapat mengalir masuk kedalam tangki seperti biasa. Untuk makluman, ball valve berfungsi mengawal pengaliran air ke dalam tangki simpanan yang selalunya terletak diatas siling rumah.



Ini adalah satu unit ball valve yang akan diganti kepada yang lama/rosak.


Setelah diganti dan diuji semula inilah hasilnya. Air mula memasuki tangki dengan laju.



No. tel : 012 - 6379460





Khamis, 14 Mac 2013

KERJA-KERJA MEMPERBETULKAN KEDUDUKAN SINKI DI KABINET DAPUR

Saya telah dihubungi oleh En. Fazli  yang tinggal di Seksyen 10, Wangsa Maju. Beliau telah meminta saya melihat  kedudukkan sinki dapur dirumah beliau yang telah dipasang tidak mengikut spesifikasinya. Oleh itu beliau telah meminta saya membetulkan semula kedudukkan sinki tersebut. Saya pernah siarkan entri membina table top (kabinet dapur) di sini sebelum ini.


GAMBAR 1

Gambar 1 - gambar diatas menunjukkan sinki terletak di atas 'table top' dan ia kelihatan renggang.  Keadaan ini boleh menyebabkan air  melimpah ke bawah apabila membasuh pinggan mangkuk. Ia juga boleh menjejaskan struktur kabinet yang kebiasaannya diperbuat daripada kayu mampat. Kayu mampat ini mudah kembang apabila terkena air.


GAMBAR 2

Gambar 2 - gambar ini menunjukkan keadaan sinki setelah ia di perbetulkan kedudukkannya. Ia tidak lagi renggang dan tiada lagi air yang menitis ke dalam kabinet.



GAMBAR 3

Gambar 3 - gambar ini adalah proses membentuk semula lubang untuk meletak sinki. Kerja ini perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati kerana proses pembentukkkan semula table top berisiko dan boleh menyebabkan ia retak dan pecah.



GAMBAR 4


Gambar 4 - beginilah rupa bahagian lubang sinki yang telah dibentuk tadi. 


GAMBAR 5

Gambar 5 - setelah lubang tempat meletak sinki siap dibentuk, barulah sinki dipasang semula. 



NOTA:
KERJA-KERJA PEMASANGAN TABLE TOP INI KELIHATAN MUDAH, NAMUN IA PERLUKAN KETELITIAN DAN KECEKAPAN SESEORANG PEKERJA ITU BAGI MENCANTIKKAN DAN MEMPERBETULKAN KEDUDUKKAN SINKI ITU.



No. Tel : 012-6379460






Isnin, 11 Mac 2013

KERJA-KERJA MENUKAR TANGKI AIR

Saya telah dihubungi oleh Puan Sabariah yang tinggal di Taman Cuepacs, Cheras-Kajang. Beliau telah meminta saya menukar tangki air. Dibawah ini saya tunjukkan proses bagaimana menukar tangki air dilakukan. Sebelum ini saya pernah menyiarkan entri proses menukar tangki air di sini dan sini.

GAMBAR 1
Rumah Puan Sabariah yang tinggal di Taman Cuepacs, Cheras-Kajang.


GAMBAR 2

Gambar 2 - proses membuka bumbung atap genting dan memotong kayu kerangka.


GAMBAR 3

Gambar 3 - setelah bumbung dibuka, proses membuang air yang bertakung didalam tangki dilakukan.



GAMBAR 4

Gambar 4 - tangki yang telah dikosongkan akan dibawa keluar.


GAMBAR 5

Gambar 5 - proses membina lantai kayu  bagi menempatkan  tangki air tersebut.Tapak lantai kayu yang lama telah reput dan dibuang.



GAMBAR 6

Gambar 6 - proses memasukkan tangki baru dan ditempatkan diatas lantai kayu yang telah dibina tadi.


GAMBAR 7


Gambar 7 - proses pemasangan saluran air dan 'fitting'nya dibuat dengan berhati-hati.


GAMBAR 8

Gambar 8 - setelah saluran air dan bebola tangki dipasang, air disalurkan ke tangki bagi menguji tiada kebocoran pada tangki dan juga bebolanya.


GAMBAR 9

Gambar 9 - setelah air ditangki penuh, paip air tandas ditingkat bawah rumah telah dipasang bagi membolehkan air yang berkeladak dibuang. Kelihatan airnya berwarna kemerahan.



No. Tel : 012-6379460





Khamis, 7 Mac 2013

TANDAS DUDUK TERSUMBAT


Hari ini saya hanya tunjukkan gambar-gambar sewaktu saya membaiki tandas duduk yang tersumbat. Gambar ini diambil sewaktu saya membaiki tandas duduk ini di rumah En. Saiful yang tinggal di Selayang Baru, Selangor.



GAMBAR 1


Gambar tandas duduk yang tersumbat telah menyebabkan air yang dipam bertakung di lubang tandas.            



GAMBAR 2


Setelah dipam beberapa kali dengan menggunakan batang rotan/rodding  barulah air yang bertakung tadi mengalir dengan lancar.



NO. TEL : 012-6379460