facebook

Selasa, 23 Julai 2013

MEMBAIKI BUMBUNG BOCOR DAN GANTIKAN DENGAN ATAP METAL DECK

Saya dihubungi oleh En. Nazri yang meminta saya membaiki bumbung rumah sewanya yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Menurut beliau, telah ramai kontraktor yang dipanggil bagi membaiki bumbung rumah tersebut. Namun masalah kebocoran itu terjadi juga dan akhir-akhir ini ia menjadi bertambah teruk. Apabila hujan lebat berlaku, air melimpah dengan banyaknya. Penyewa rumah tersebut amat khuatir sekiranya berlaku litar pintas sekiranya air hujan itu mengenai arus elektrik.Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambar yang diambil sewaktu membaiki rumah sewa En. Nazri.

Gambar yang telah dibulatkan itu ialah bahagian yang mengalami masalah kebocoran yang sangat serious.

Gambar ini pula adalah bahagian atas bumbung.Terdapat daun-daun kering yang menutupi laluan air dan juga atap gentingnya pula telah pecah. Kebanyakkan atap genting ini telah reput.

Ini adalah proses membuang atap genting yang telah reput itu. Sebahagian dari kayu kerangkanya juga telah reput. Ia perlu diganti dengan yang baru.

Setelah proses membuang atap genting dilakukan, barulah pemasangan semula kayu kerangka dilakukan.

Sesalur air yang bocor telah disapu dengan sealant. Kemudian zinc flacing dipasang dibahagian kanan dan kiri sepanjang sesalur air tersebut.  Ini  bertujuan menghalang air daripada melimpah dan memasuki siling rumah.

Setelah proses-proses tadi dilakukan, atap metal deck dipasang. Dibahagian tengah atap metal deck itu dipasang atap PVC (clear roof) berwarna jernih. Tujuan ia dipasang adalah untuk pencahayaan.

 Ini adalah sesalur air. Sesalur air ini tidak dapat menampung air hujan yang banyak. Ia adalah kerana tiada sesalur air yang lain yang membolehkan sebahagian air hujan melaluinya.

 Beginilah saluran air yang dipasang sebelum ini.

Satu lagi sesalur air  telah dipasang bagi menampung lebihan air tersebut. Saiz asal sesalur adalah 3". Sesalur tambahan bersaiz 4". 

No. Tel : 012-6379460




1 ulasan:

  1. Sediakan ruang dimana pelanggan boleh membuat pesanan perkhidmatan dengan mudah melalui email

    BalasPadam