facebook

Khamis, 14 Mac 2013

KERJA-KERJA MEMPERBETULKAN KEDUDUKAN SINKI DI KABINET DAPUR

Saya telah dihubungi oleh En. Fazli  yang tinggal di Seksyen 10, Wangsa Maju. Beliau telah meminta saya melihat  kedudukkan sinki dapur dirumah beliau yang telah dipasang tidak mengikut spesifikasinya. Oleh itu beliau telah meminta saya membetulkan semula kedudukkan sinki tersebut. Saya pernah siarkan entri membina table top (kabinet dapur) di sini sebelum ini.


GAMBAR 1

Gambar 1 - gambar diatas menunjukkan sinki terletak di atas 'table top' dan ia kelihatan renggang.  Keadaan ini boleh menyebabkan air  melimpah ke bawah apabila membasuh pinggan mangkuk. Ia juga boleh menjejaskan struktur kabinet yang kebiasaannya diperbuat daripada kayu mampat. Kayu mampat ini mudah kembang apabila terkena air.


GAMBAR 2

Gambar 2 - gambar ini menunjukkan keadaan sinki setelah ia di perbetulkan kedudukkannya. Ia tidak lagi renggang dan tiada lagi air yang menitis ke dalam kabinet.



GAMBAR 3

Gambar 3 - gambar ini adalah proses membentuk semula lubang untuk meletak sinki. Kerja ini perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati kerana proses pembentukkkan semula table top berisiko dan boleh menyebabkan ia retak dan pecah.



GAMBAR 4


Gambar 4 - beginilah rupa bahagian lubang sinki yang telah dibentuk tadi. 


GAMBAR 5

Gambar 5 - setelah lubang tempat meletak sinki siap dibentuk, barulah sinki dipasang semula. 



NOTA:
KERJA-KERJA PEMASANGAN TABLE TOP INI KELIHATAN MUDAH, NAMUN IA PERLUKAN KETELITIAN DAN KECEKAPAN SESEORANG PEKERJA ITU BAGI MENCANTIKKAN DAN MEMPERBETULKAN KEDUDUKKAN SINKI ITU.



No. Tel : 012-6379460






Tiada ulasan:

Catat Ulasan