facebook

Khamis, 13 September 2012

SALURAN AIR KUMBAHAN DARI SINKI DAPUR TERSUMBAT

Saluran air kumbahan dari sinki dapur ke mainhole sering kali tersumbat. Ini adalah satu permasalah yang sering  berlaku di kawasan kediaman kita.Satu sikap negatif  masyarakat Malaysia apabila lelemak/minyak selalu dialirkan kesaluran paip. Apabila lelemak/minyak yang dialirkan ke sinki itu sejuk  pembekuan akan berlaku. Sekiranya sering kita melakukan  perkara sebegini lama kelamaan lelemak/minyak tersebut akan menebal dan menutupi saluran pengaliran air  paip ke mainhole. 

Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambar yang mungkin menjiikkan. Namun begitu, pada saya kita harus sedar perkara yang sering kita lakukan itu akan menjadi satu impak yang besar kepada kediaman kita. 


Saya telah dihubungi oleh En. Halim dari Wangsa Melawati, Kuala Lumpur tempohari. Permasalah yang beliau hadapi ini telah lama berlaku dan ramai plumber yang di panggil oleh beliau untuk membantu menyelesaikannya. Masalah itu selesai tapi berulang semula dan akhirnya beliau menghubungi saya.


SILA LIHAT GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH  DAN PERINCIANNYA.


GAMBAR (1)

Gambar-gambar diatas adalah floor trap dilantai dapur yang dipenuhi dengan lelemak. Air kumbahan dari sinki tidak dapat mengalir melaluinya untuk ke mainhole. Ini telah menyebabkan air dari sinki tadi memenuhi floor trap tersebut dan mengeluarkan bau-bauan yang amat busuk. Lalu En. Halim memasang pita pelekat diatas penutup floor trap tersebut.



GAMBAR (2)

Gambar yang kedua ini pula (gambar 1) lubang floor trap yang dipenuhi lelemak beku yang telah kehitaman dan tebal disekelilingnya. Sewaktu gambar ini diambil saya telah beberapa kali menyiram air panas kedalam lubang tersebut bagi mencairkan lelemak. Selepas lelemak yang degil itu agak berkurangan dan air telah mula mengalir sedikit demi sedikit saya mula menggunakan rotan/rodding. Apabila proses mengepam ini bermula terkeluarlah lelemak yang telah mencair ini di floor trap tersebut. (gambar 2 & 3)



GAMBAR (3)

Gambar 3 ini pula saya tunjukkan sekali lagi limpahan lelemak cair diatas lantai. Amat menjijikkan dengan baunya yang sangat busuk menusuk kehidung. Setelah beberapa kali dipam dan disiram dengan air panas, jelas kelihatan floor trap yang tadinya berlemak telah hilang dan bersih disekelilinnya.



GAMBAR (4)

Gambar 4 ini saya tunjukkan lantai yang tadinya dilimpahi dengan lelemak cair telah dibersihkan dan air dari sinki pula telah mengalir dengan lancarnya ke lubang mainhole. Gambar (1) ini adalah peralatan yang saya gunakan dan saya sebut tadi 'rotan/rodding'.

Saya berasa amat gembira apabila dapat menyelesaikan masalah ini. Dan lebih gembira lagi apabila tuan rumah iaitu En. Halim yang turut melihat apa yang telah saya lakukan tadi tersenyum lebar tanda berpuashati.




no. tel : 012 6379460

5 ulasan:

  1. adakah mengamalkan siram air panas ke dalam sinki boleh mengelakkan kejadian ini dari berulang??

    BalasPadam
  2. salam...
    sy ada masalah yg sama ...saluran sinki rumah saya juga tersumbat sama seperti gambar raya diatas.. bolehkan encik dtg untuk membaiki saluran sinki sy itu.. sy sertanak no hp suami sy 0166323602.

    terima kasih /
    puan nana

    BalasPadam
  3. Selalunya brpkah upah byrn utk saluran main hole yg trsumbat?

    BalasPadam
  4. Kami ( 013-2461083 Mr Loh )menawarkan 24 Jam Service di KL and Selangor
    *tandas sumbat
    *baiki paip
    *sebarang saluran Sumbat
    *Atap Bocor
    *kerja-kerja eletrikal
    *mengecat
    dan macam2 lagi. boleh buat pada hari sabtu ahad atau lepas waktu pejabat mengikut kesesuaian masa anda.

    For enquries kindly whatapps / SMS / call number 0132461083 Loh

    sila simpan no ini tersebut mungkin suatu hari anda memerlukan perkhidmatan kecemasan dari kami .
    perkhidmatan setiap hari 7:00am - 9.30pm termasuk cuti umum .

    BalasPadam
  5. Sya nak tnya klau saluran paip bhgian lua tu air x kua ikut longkang.. tpy dye akn kua dekat atas mcm pic no 2.. lpas tu akn kuakn bau yng sgt busuk.. cara ape sya bole guna y.. k sma cra mcm en tunjukkn tdy

    BalasPadam