facebook

Ahad, 23 September 2012

Membaiki semula saluran air yang tersumbat


Gambar-gambar dibawah ini menunjukkan pengaliran air dari sinki adalah perlahan. Setelah diperiksa saya dapati ianya tersumbat dan telah menyebabkan pengaliran air yang perlahan. Saya telah membaikinya dan air telah mengalir dengan lebih lancar. Saya telah dipanggil oleh En. Husni dari Taman Desa Melawati, Ampang bagi membaiki pengaliran air di bilik mandi beliau.





Dibawah ini pula En. Husni telah cuba membaiki sistem tangki yang telah lama rosak. Setelah tidak dapat membaikinya beliau telah membuang sistem sifonnya dan beliau telah menggunakan curahan air dari takungan baldi bagi menyiram mangkuk tandas setelah digunakan. Kemudian saya telah menggantikan satu set sistem sifon yang baru. Sila lihat dibawah ini.


Gambar 1 - beginilah rupanya apabila sistem sifon telah dikeluarkan.


Gambar-gambar ini saya ambil setelah siap dipasang satu set sistem sifon yang baru dan telah diuji serta ia telah berfungsi dengan baik. 



No. tel : 012 -6379460





1 ulasan: