facebook

Jumaat, 24 Ogos 2012

Sinki tersumbat

Kali ini saya tunjukkan insiden yang sering berlaku dirumah terutamanya didapur. Sinki tersumbat adalah satu masalah yang paling menyiksakan terutama dimusim perayaan. Insiden in berlaku di rumah Puan Nabilah dari KAMPUNG WARISAN, di Setiawangsa, Kuala Lumpur. Ia berlaku pada malam raya tempohari. Sedang Puan Nabilah sibuk untuk menyediakan juadah hari raya  timbul pula masalah ini. Lalu beliau menghubungi saya.



  1. Gambar diatas sebelah kiri menunjukkan sinki dapur yang dipenuhi air dan Puan Nabila telah cuba mengepam air keluar dari sinki tersebut tetapi tidak berhasil.
  2. Gambar diatas sebelah kanan pula menunjukkan punca air dari sinki tidak dapat mengalir keluar. Setelah saya membuka saluran paip itu dan mendapati ia telah diselaputi dengan lemak-lemak/minyak yang telah lama terkumpul dan telah membeku.
  3. Gambar dibawah sebelah kiri menunjukkan tiada lagi air yang bertakung di sinki dan pengaliran air berjalan lancar.
  4. Gambar dibawah sebelah kanan pula menunjukkan saluran paip yang lama telah dipotong dan diganti dengan yang baru dan saluran air masuk telah diganti dengan flexible hose.




No. tel. :  012 - 6379460


Tiada ulasan:

Catat Ulasan