facebook

Selasa, 3 Julai 2012

SALURAN AIR MASUK DI BAWAH SINGKI PECAH

Jam 11.00 malam kelmarin, saya menerima panggilan dari Mr. John yang tinggal di Riverdale, Taman Melawati. Beliau amat panik apabila melihat air yang banyak melimpah dari bilik air di bilik tidur utama.  Beliau membuka kabinet yang terdapat dibawah singki dan mendapati saluran air masuk ke singki telah pecah. Mr. John telah mencuba pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi gagal. Akhirnya beliau menghubungi saya. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambar yang telah saya ambil sewaktu membaiki saluran air tersebut.


Gambar ini menunjukkan air yang melimpah keluar dari kabinet yang terdapat dibawah singki.


 Beginilah rupanya saluran air yang telah pecah yang menyebabkan air memancut keluar.


 Beginilah rupanya saluran air yang telah diganti baru.


 Setelah ditukar saluran air masuk tiada lagi masalah air yang melimpah.




No. tel  : 012 - 6379460


Nota :
Mr. John merupakan pelanggan tetap saya. Beliau kerap memanggil saya apabila ada masalah mengenai paip dan perkara-perkara lain yang berkenaan dengan rumah beliau. Malam kelmarin beliau berasa amat lega kerana saya sudi datang kerumahnya walaupun dihubungi pada waktu malam.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan