facebook

Isnin, 16 Julai 2012

'WATER TAP' (kepala paip) ada pelbagai jenis

Hari ini saya nak tunjukkan pelbagai jenis kepala paip (water tap) yang saya perolehi dari pembekal.




012 - 6379460





Selasa, 10 Julai 2012

LORI UNTUK DISEWA

Hari ini saya nak promote sikit tentang LORI UNTUK DISEWA. Disamping kerjaya tetap saya sebagai plumber, saya juga menjalankan perkhidmatan sewaan lori  bagi yang mahu berpindah rumah, pejabat dan sebagainya. Sekiranya ada pelangan yang memerlukan khidmat pembungkusan juga disediakan. 


Hari minggu yang lepas, saya dipanggil oleh Puan Lily   dari Taman Seri Gombak yang berpindah ke rumah barunya di Bukit Permata, Gombak. Disini saya masukkan gambar-gambar yang telah diambil sewaktu proses memindahkan barangan dari rumah beliau.






Saya mengecaj perkhidmatan sewaan lori ini dengan harga yang amat berpatutan. Dan sekiranya pelanggan memerlukan khidmat buruh/pengangkat barang juga dapat disediakan.


012 - 6379460


Selasa, 3 Julai 2012

SALURAN AIR MASUK DI BAWAH SINGKI PECAH

Jam 11.00 malam kelmarin, saya menerima panggilan dari Mr. John yang tinggal di Riverdale, Taman Melawati. Beliau amat panik apabila melihat air yang banyak melimpah dari bilik air di bilik tidur utama.  Beliau membuka kabinet yang terdapat dibawah singki dan mendapati saluran air masuk ke singki telah pecah. Mr. John telah mencuba pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut tetapi gagal. Akhirnya beliau menghubungi saya. Dibawah ini saya tunjukkan gambar-gambar yang telah saya ambil sewaktu membaiki saluran air tersebut.


Gambar ini menunjukkan air yang melimpah keluar dari kabinet yang terdapat dibawah singki.


 Beginilah rupanya saluran air yang telah pecah yang menyebabkan air memancut keluar.


 Beginilah rupanya saluran air yang telah diganti baru.


 Setelah ditukar saluran air masuk tiada lagi masalah air yang melimpah.




No. tel  : 012 - 6379460


Nota :
Mr. John merupakan pelanggan tetap saya. Beliau kerap memanggil saya apabila ada masalah mengenai paip dan perkara-perkara lain yang berkenaan dengan rumah beliau. Malam kelmarin beliau berasa amat lega kerana saya sudi datang kerumahnya walaupun dihubungi pada waktu malam.







Ahad, 1 Julai 2012

METER AIR DICURI


Gambar kiri - menunjukkan meter air yang telah dicuri.
Gambar kanan - menunjukkan penyambungan sementara bagi mendapatkan bekalan air.



PENUKARAN SHOWER MANDI AIR PANAS KEPADA AIR BIASA

Hari ini saya telah dipanggil oleh Puan Lela yang tinggal di Taman Melawati untuk menukarkan shower mandi air panas kepada air biasa. Puan Lela tidak lagi mahu menggunakan air panas. Beliau  mahu mengeluarkan sistem air panas yang telah tersedia ada dan ditukarkan kepada air biasa. Ini adalah kerana punca air dikawasan ini bertekanan tinggi. Beliau inginkan kepuasan untuk menggunakan air biasa.



Gambar kiri menunjukkan set shower mandi air panas yang  tersedia ada.
Gambar kanan atas menunjukkan set shower mandi air panas telah dikeluarkan.
Gambar kanan bawah menunjukkan shower mandi air biasa telah dipasang dengan menggunakan 'copper pipe' sebagai saluran airnya.



No. tel : 012 - 6379460