facebook

Khamis, 14 Jun 2012

FLEXI SEAL - PROSES MEMBAIKI BUMBUNG YANG MENYERAP AIR/BOCOR MENGGUNAKAN....



Kali ini saya paparkan keadaan dan cara-cara untuk membaiki bumbung simen yang menyerap air (bocor). Ia kerap berlaku diatas lantai simen, lantai bilik air dan lantai balkoni. Proses pembaikan bumbung ini adalah rumit kerana terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan. Langkah pertama ialah dengan membersihkan dan membuang segala kekotoran yang terdapat diatas bumbung tersebut. Langkah seterusnya menyapu 2 lapisan FLEXI SEAL dan dibiarkan kering selama 2 jam bagi memastikan lantai tersebut benar-benar kering. Proses pengeringan ini perlu bagi memastikan penyerapan air tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.
Gambar 1 
Gambar ini menunjukkan atas bumbung yang dipenuhi sampah dan daun-daun kering yang telah dikumpul untuk dibuang.

Gambar 2
Gambar yang kedua ini pula menunjukan bumbung simen yang telah disapu dan dibersihkan.

Gambar 3
Gambar ini menunjukkan bumbung simen yang telah disapu dengan 2 lapisan FLEXI SEAL dan sedang dalam proses pengeringan.


012-6379460


Nota :
Gambar-gambar ini telah saya ambil sewaktu saya melakukan kerj-kerja membaiki rumah Dr. George yang tinggal di Taman Melawati. Dr George adalah pemilik Pet Care (Klinik haiwan) di Taman Melawati. Beliau adalah pelanggan tetap saya. Beliau berpuas hati dengan hasil kerja yang telah saya lakukan dan telah pun menyuruh saya melakukan kerja-kerja yang lain dirumahnya dimasa akan datang.

























1 ulasan:

  1. Salam Sejahtera Tuan,

    Area Shah Alam ada buat service tak?
    Porch kereta bocor air bila hujan lebat, bawah bumbung ada air minitis dan cat dah terkopak..apa jenis repair untuk haling air bocor?
    berapa kos baiki?
    area Shah Alam, Seksyen 16.

    BalasPadam